Home » , » Kisah Nabi Muhammad S.a.w bantu sahabatnya Kahwin

Kisah Nabi Muhammad S.a.w bantu sahabatnya Kahwin

Pada Rabu, 7 Januari 2015 | 8:17 PG

Kehidupan Arab lama
Adalah sebahagian sahabat r.a telah mengambil keputusan untuk berkhidmat kepada Rasulullah S.a.w dan berada di sisinya, untuk keperluan yang datang kepada Rasulullah S.a.w. Lalu Rasulullah S.a.w bertanya kepada sahabat tadi;

"Tidakkah kamu mahu kahwin?"

Lalu dia menjawab, "Wahai Rasulullah S.a.w! Sesungguhnya aku ini orang miskin, tidak mempunyai apa-apa. Dan aku mengambil keputusan untuk berkhidmat kepadamu."

Mendengar itu Nabi S.a.w berdiam diri, kemudian mengulangi lagi pertanyaan-nya dan sahabat itu mengulangi jawapan-nya seperti sebelumnya.

Kemudian sahabat itu berfikir, lalu menjawab, "Demi Allah! Sesungguhnya Rasulullah S.a.w lebih mengetahui apa yang lebih baik bagiku, untuk duniaku dan akhiratku dan apa yang mendekatkan-ku kepada Allah, daripada aku sendiri. Dan kalau beliau bertanyakan kepadaku kali ketiga, nescaya akan aku laksanakan."

Maka Rasulullah S.a.w bertanya kali ketiga, "Mengapa kamu tidak kahwin?"

Bercerita sahabat tadi lebih lanjut, "Lalu aku mengatakan, "Wahai Rasulullah, kahwinkan-lah aku!"

Maka Nabi S.a.w menjawab, "Pergilah kepada suku fulan dan katakan-lah, "bahawa Rasulullah S.a.w menyuruh kamu supaya kamu kahwinkan aku dengan anak gadismu."

Sahabat tadi meneruskan ceritanya. Maka aku berkata, "Wahai Rasulullah, aku tidak punya apa-apa!"

Lalu Rasulullah S.a.w bersabda kepada para sahabatnya, "Kumpulkan-lah untuk saudaramu ini, emas seberat biji."

Maka mereka kumpulkan emas untuk saudara mereka itu, lalu dibawa kepada suatu suku, lalu dikahwinkan-nya. Kemudian Nabi S.a.w mengatakan, "Adakan walimah!" Maka mereka kumpulkan dari para sahabat seekor kambing untuk walimah kahwin.

Keterangan yang berulang-ulang ini menunjukkan kepada keutamaan perkahwinan itu sendiri. Dan mungkin menandakan kepada perlunya perkahwinan itu.



[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, kitab Adab Nikah]

0 comments:

Catat Ulasan