Home » » Umar Al-Khattab merayu pada wanita miskin agar jangan dakwanya di akhirat

Umar Al-Khattab merayu pada wanita miskin agar jangan dakwanya di akhirat

Pada Rabu, 18 Januari 2012 | 4:34 PTG

Umar bin Al-Khattab
Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan. Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?

Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah. Tiba di satu tempat, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan.

Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit tidak puas hati kepada Umar r.a kerana tidak membantunya. Umar memberi salam lalu menyapanya. Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya. Hanya dengan merebus air dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.

Umar menangis mendengar keluhan wanita tersebut. Setelah Umar bantu wanita tersebut, wanita tersebut mengatakan sepatutnya dialah yang layak menjadi khalifah. Sedangkan dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Umar.

Kemudiannya Umar r.a telah memanggilnya mengadap keesokan hari, dan menghadiahkannya wang. Umar MERAYU pada beliau agar berjanji jangan MENDAKWANYA di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat nanti. MasyaAllah, sampai macam itu sekali tawadhu' dan takutnya Umar pada kemurkaan Allah S.w.t.

Ini lah sebenarnya yang dikatakan Amirul mukminin, iaitu "pemimpin kepada orang-orang mukmin". Ini lah contoh tauladan yang sebaiknya dicontohi.  Sedangkan Umar r.a telah dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad S.a.w, tetapi beliau masih lagi takut akan disoal di akhirat kelak mengenai kepimpinannya, apatah lagi kita yang langsung tidak dijanjikan syurga lagi ini.

Bayangkan kita sekarang jika menjadi pemimpin negara, adakah kita masih boleh hidup mewah dan bersuka-ria sedangkan ada rakyat yang hidup miskin dan dalam kesusahan? Sila baca juga Majoriti pemimpin sekarang mewah, jauh sekali dengan pemimpin zaman nabi dan sahabat.


Kepimpinan Khalifah Umar Ibn Al-Khattab R.A - Dr MAZA


Jiwa Khalifah Umar Al-Khattab - Dr MAZA

Nak cari di mana pemimpin yang berpakaian bertampung-tampung, yang tinggal di rumah yang kecil, yang biasa tidur di bawah pokok kurma saja di tengah panas, dan bermacam tawadhu' lagi? MasyaAllah .......


Kartun kisah Umar bin Al-Khattab yang menyentuh kalbu






Sila baca juga Khalifah Umar Al-Khattab dan prihatinnya pada rakyat miskin


0 comments:

Catat Ulasan