Kita seringkali melihat awan. Kebanyakan, kita hanya terfikir itu adalah suatu benda yang berwarna putih yang tak bererti. Padahal, awan memiliki keajaiban yang luar biasa. Terutama dalam pembentukannya.
Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ
"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya, kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Surah An Nuur : 43)
Para ahli cuaca mengetahui butiran pembentukan awan, strukturnya dan cara kerjanya setelah melalui berbagai macam kajian. Kajian itu dilakukan dengan melakukan pengamatan menggunakan alat-alat canggih.
Mereka baru boleh menceritakan proses tersebut dengan bantuan alat-alat moden seperti pesawat, satelit, komputer, belon udara dan peralatan lain. Mereka perlu mempelajari angin serta arah pergerakannya. Mereka perlu mengukur kelembapan udara dan variasinya serta menentukan jenis dan kepelbagaian tekanan udara.
Di dalam Al-Qur'an mengenai awan telah di terangkan dengan begitu jelas. Sebelum para ahli mencari jawapannya pun umat Islam telah terlebih dahulu mengetahuinya. Terutama mengenai saiz awan itu sendiri.
Dapat kita bayangkan bahawa awan ini ukurannya benar-benar seperti gunung sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat Al Qur'an: "... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti ) gunung-gunung. "
Para ahli cuaca telah mendapati bahawa awan Cumulonimbus yang menghasilkan hujan ais ini boleh mencapai ketinggian hingga 7 hingga 9 kilometer. Dapat kita bayangkan bahawa awan ini memang saiz benar-benar seperti gunung sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat Al-Quran di atas.
Proses terjadinya kilat
Ayat di atas juga menghubungkan awan, ais dan terjadinya petir atau kilat. Apakah ais merupakan faktor penentu pembentukan kilat?
Mari kita kaji sebuah buku berjudul 'Meteorology Today'. Di sana diterangkan bahawa sebuah awan akan menjadi bercas elektrik ketika bongkah ais jatuh melalui kawasan di dalam awan yang mengandungi kristal ais dan titis air super-sejuk. Apabila titisan-titisan air ini bertembung dengan bongkah ais, mereka terus membeku dan melepaskan panas. Panas ini menjadikan permukaan bongkah ais lebih hangat dari kristal-kristal ais di sekelilingnya.
Apabila bongkah ais bertembung dengan kristal ais, sebuah peristiwa penting berlaku, iaitu elektron mengalir dari benda yang lebih sejuk ke benda yang lebih hangat. Kerananya, kini bongkah ais menjadi bermuatan negatif. Hal sama juga terjadi apabila titisan air super-sejuk bertembung dengan bongkah ais dan melontarkan butiran-butiran halus ais bercas positif. Zarah-zarah yang lebih ringan dan bermuatan positif ini kemudian terangkat ke bahagian atas dari awan.
Sementara itu, bongkah ais yang kini bermuatan negatif jatuh turun dan berkumpul di bahagian bawah awan. Kerana itulah kini terjadi perbezaan muatan elektrik antara bahagian atas dan bawah awan. Muatan negatif ini kemudian dilepaskan dalam bentuk kilat atau petir.
Demikianlah, Allah telah menerangkan sebuah fakta ilmiah yang baru terungkap oleh ilmu pengetahuan moden. Sebuah keajaiban ilmiah yang tidak mungkin diketahui butirannya oleh orang-orang di zaman diturunkannya Al-Qur'an.
"Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." [Surah ar-Rum : 48]
"Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." [Surah ar-Rum : 48]
0 comments:
Catat Ulasan