Home » » Kisah Nabi Isa a.s Mendustakan matanya dan Membenarkan Pencuri

Kisah Nabi Isa a.s Mendustakan matanya dan Membenarkan Pencuri

Pada Sabtu, 7 Jun 2014 | 11:12 PG

Pengenalan

Kisah ini hanya sepotong dan pendek, tetapi berharga sekali. Kisah ini menunjukkan sejauh mana para Nabi dan Rasul dalam urusan ta'dzim (mengagungkan) kepada Allah. Isa a.s melihat seorang yang mencuri, lalu pencuri ini bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak mencuri, maka Isa a.s mendustakan kedua matanya dan mempercayai pencuri itu.

Nash Hadits 

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam Shahih masing-masing dari Abu Hurairah dari Nabi S.a.w bersabda, "Isa bin Maryam melihat seorang laki-laki mencuri. Isa bertanya kepadanya, 'Apakah kamu mencuri?' Dia menjawab, 'Tidak mungkin, demi Allah yang tidak ada Tuhan yang hak kecuali Dia.' Isa berkata, 'Aku beriman kepada Allah dan aku mendustakan mataku'. "

Takhrij Hadis

Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Ahaditsil Anbiya', bab firman Allah, "Dan ceritakanlah kisah Maryam di dalam Al-Qur'an" [Surah Maryam : 16] , [6/478, no. 3443]

Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dalam Kitabul Fadhail, bab keutamaan Isa [4/1838], no. 2366. Hadis ini dalam Syarah An-Nawawi, 15/506.

Penjelasan Hadits

Para Rasul dan Nabi adalah manusia dengan acuan tersendiri, khususnya dalam hal ta'dzim kepada Tuhan mereka dan pensucian mereka kepada-Nya. Nabiyullah Isa melihat dengan kedua matanya seorang pencuri yang sedang mencuri, namun beliau mendustakan kedua matanya dan mempercayai pencuri ketika beliau bersumpah dengan nama Allah yang tiada Tuhan yang hak kecuali Dia, bahawa dirinya tidak mencuri. Isa bukan orang bodoh yang tidak boleh membezakan antara orang jujur ​​dengan pendusta, akan tetapi Allah di hati Isa adalah lebih agung daripada sekadar Dia digunakan oleh seseorang untuk bersumpah secara dusta.

Pencuri ini berjaya melepaskan diri dari Isa. Akan tetapi mana mungkin beliau akan terlepas dari azab dan balasan Allah? Para Rasul dan Nabi tidak diutus sebagai polis. Allah-lah yang akan mengawasi, mengurus, dan menghisab. Allah tidak membebankan para Rasul (lebih-lebih jika mereka bukan pemimpin dan hakim) untuk menghisab dan menghukum manusia.

[Sumber dari kitab Shahih al-Qisas an-Nabawiy - Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar]

2 comments:

  1. banyak dusta nih.... cerita yang ga tau dari mana asal muasalnya dan sumbernya. hanya quran yang tau....
    Nunggu alloh bersumpah dulu .

    BalasPadam
  2. Dusta? Riwayat ini dari HADITS SHAHIH riwayat Bukhari dan Muslim. Kamu percaya hadits Nabi S.a.w nggak?

    BalasPadam