Home » » Kisah di sebalik turun ayat 'Fitnah lebih besar dari Membunuh'

Kisah di sebalik turun ayat 'Fitnah lebih besar dari Membunuh'

Pada Rabu, 7 Januari 2015 | 8:15 PG

Arab berperang
"Mereka bertanya kepadamu tentang berperang dalam bulan Haram, katakan-lah, "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalang masuk) Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya dari sekitarnya lebih besar (dosa) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah itu lebih besar dari membunuh......."  [al-Baqarah : 217]

As-Saddi mengatakan dari Abu Malik, dari Abu Shaleh, dari Ibnu Abbas, dari Murrah, dari Ibnu Mas'ud berhubungan dengan makna firman-Nya;

"Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram, katakan-lah, "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar, ......."  [al-Baqarah : 217] hingga akhir ayat.

Pada mulanya Rasulullah S.a.w mengirimkan sejumlah pasukan rahsia yang terdiri dari 7 orang, di bawah pimpinan Abdullah ibnu Jahsy Al-Asadi. Mereka semuanya adalah Ammar ibnu Yasir, Abu Hudzaifah ibnu Atabah ibnu Rabi'ah,  Sa'id ibnu Abi Waqqas, Atabah ibnu Ghazwan As-Sulami, Suhail ibnu Baida, Amir ibnu Fuhairah dan Waqid ibnu Abdullah al-Yarbu'i. Nabi S.a.w menulis sepucuk surat kepada Ibnu Jahsy dan berpesan kepadanya agar janganlah dia membaca surat tersebut sebelum turun di Lembah Nakhlah.

Ketika dia turun di Lembah Nakhlah, dia membuka surat itu dan ternyata di dalamnya terdapat perintah, "Berjalan-lah terus sampai kamu semua turun ke Lembah Nakhlah." Maka Ibnu Jahsy berkata kepada teman-teman-nya, "Barangsiapa yang ingin mati, hendaklah dia maju terus dan berwasiatlah, kerana sesungguhnya aku sendiri akan berwasiat dan maju melakukan perintah Rasulullah S.a.w."

Ibnu Jahsy maju, dan yang tidak ikut dengan-nya ialah Sa'id ibnu Abi Waqqas dan Atabah, kedua-duanya kehilangan unta kenderaan-nya. Kerana itulah mereka tidak turut serta, kerana mencari unta kenderaan masing-masing.

Ibnu Jahsy terus berjalan menuju ke tengah Lembah Nakhlah. Tiba-tiba dia bersua dengan al-Hakam ibnu Kaisan dan Utsman ibnu Abdullah ibnul Mughirah.

Bulan Jamadil Akhir telah berakhir, lalu Amr ibnu al-Hadhrami terbunuh. Dia dibunuh oleh Waqid ibnu Abdullah. Perang ini merupakan perang pertama yang menghasilkan ghanimah bagi sahabat Rasulullah S.a.w. Ketika mereka kembali ke Madinah dengan membawa dua tawanan perang dan harta ghanimah, maka penduduk Mekah berkeinginan untuk menebus kedua tawanan-nya itu. Mereka mengatakan, "Sesungguhnya Muhammad menduga bahawa dia taat kepada Allah, tetapi dia sendirilah yang mula-mula menghalalkan bulan Haram dan membunuh teman kami dalam bulan Rejab."

Maka kaum Muslim menjawab, "Sesungguhnya kami hanya membunuhnya dalam bulan Jamadil Akhir, dan dia terbunuh pada permulaan malam Rejab dan akhir malam Jamadil." Lalu kaum Muslim menyarungkan pedang mereka ketika bulan Rejab masuk, dan Allah menurunkan firman-Nya mencela penduduk Makkah, iaitu;

"Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram, katakan-lah, "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar, ......."  [al-Baqarah : 217]

Iaitu tidak halal. Apa yang kalian telah lakukan, hai kaum Musyrik, lebih besar daripada melakukan pembunuhan dalam bulan Haram, kerana kalian kafir kepada Allah dan menghalangi Muhammad S.a.w dan sahabat-sahabatnya. Mengusir ahli Masjidil Haram darinya ketika mereka mengusir Muhammad S.a.w dan sahabat-sahabatnya merupakan perbuatan yang lebih besar dosanya di sisi Allah daripada melakukan pembunuhan.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah, ayat 217]


Menurut suatu riwayat, Rasulullah S.a.w telah mengirim satu pasukan di bawah pimpinan Abdullah ibnu Jahsy. Mereka bertempur dengan pasukan yang dipimpin oleh Ibnu Hadhrami. Akhirnya terbunuh-lah ketua pasukan musuh. Pada waktu itu sebenarnya pasukan Abdullah ibnu Jahsy tidak jelas mengenai bulan mereka berperang sama ada bulan Rejab atau Jamadil Akhir. Akan tetapi kaum Musyrikin menggembar-gemburkan berita bahawa kaum Muslimin berperang pada bulan Haram. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al-Baqarah : 271)

[Imam as-Suyuthi - Lubaanun Nuquul fii asbaabin Nuzuul]

Dan ada lagi beberapa riwayat lain yang menceritakan kisah ini ....... Peristiwa di atas berlaku tidak lama sebelum Perang Badar.

Kesimpulan-nya, makna FITNAH di dalam ayat di atas ialah seperti yang disebut sebelumnya, iaitu perbuatan menghalangi manusia dari jalan Allah, serta kafir atau syirik kepada Allah.


p/s: Makna Fitnah dalam Bahasa Arab dan yang dimaksudkan dalam al-Quran ialah antaranya ujian, cobaan, syirik. Langsung tidak ada kena mengena dengan makna fitnah dalam Bahasa Melayu iaitu "dusta" / "tuduhan palsu".

Tuduhan palsu / dusta dalam Bahasa Arab ialah بُهْتَانٌ (buhtan), atau boleh juga "Namimah" (adu-domba). 

Contoh ayat al-Quran yang menyebut tentang buhtan ialah;

وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُمْ مَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ

"Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar (berita bohong) itu: "Sekali-kali tidaklah layak bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar." [Surah an-Nuur : ayat 16]

Ntah siapa lah dulu yang pandai-pandai terjemah FITNAH ke dalam Bahasa Melayu dengan makna yang seperti telah digunakan secara meluas sampai sekarang ini. Jauh lari dari makna sebenar. Sepatutnya kita tukar balik perkataan itu, agar tidak tersasar tafsiran-nya terhadap ayat al-Quran yang bermaksud "fitnah itu lebih besar dari membunuh" .......

Ya, membuat tuduhan palsu atau berdusta terhadap orang lain itu juga adalah dosa besar. Tetapi tidak-lah sebesar dosa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas. Membunuh itu masih lagi satu perkataan yang umum. Membunuh seorang kafir atau munafiq berbeza dengan membunuh seorang mu'min. Membunuh dengan sengaja, berbeza dengan bunuh tidak sengaja. Bunuh ramai orang berbeza dengan bunuh hanya seorang.

"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min (orang beriman) dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan adzab yang besar baginya." [Surah an-Nisaa' : 93]

Bilamana di-interpretasikan bahawa pelaku pembunuhan dimasukkan ke dalam neraka, maka menurut pendapat Ibnu Abbas dan para penyokongnya, pengertian ini di-interpretasikan "tidak ada taubat baginya". Atau kalau menurut jumhur ulama dengan interpretasi "dia tidak mempunyai amal shaleh yang dapat menyelamatkan dirinya". Maka yang tersimpul dari semua pendapat menunjukkan bahawa sipembunuh tidak kekal di dalam neraka, melainkan istilah kekal di sini hanya menunjukkan pengertian masa tinggal yang sangat lama. Sebagai buktinya banyak hadits Mutawatir dari Rasulullah S.a.w, yang menyatakan bahawa kelak akan dikeluarkan dari neraka orang-orang yang di dalam kalbunya terdapat iman yang beratnya lebih kecil daripada biji sawi (zarah). [Tafsir Ibnu Katsir, surah an-Nisaa', ayat 93]

Wallahu a'lam .......

0 comments:

Catat Ulasan