Home » » Kisah Khalifah Umar meronda malam dan ternampak orang Berzina

Kisah Khalifah Umar meronda malam dan ternampak orang Berzina

Pada Rabu, 7 Januari 2015 | 8:17 PG

Khat Umar ibnu al-Khattab
Diriwayatkan bahawa Umar r.a berjalan meronda pada suatu malam di Madinah. Lalu beliau ternampak seorang lelaki dengan seorang wanita berbuat keji (berzina). Tatkala telah pagi hari, maka beliau berkata kepada orang-ramai, "Apakah pendapat kalian jikalau Imam (khalifah) melihat seorang lelaki dengan seorang wanita berbuat serong? Lalu dia menegakkan hukum seksaan kepada kedua orang itu. Apakah kamu tidak akan melakukan-nya?"

Orang-ramai menjawab, "Sesungguhnya engkau itu imam!"

Lalu Ali r.a menjawab, "Tidaklah yang demikian itu hak engkau. Tetapi hukum seksaan itu akan dijatuhkan ke atas engkau. Kerana Allah tidak meletakkan kepercayaan pada urusan ini, kurang daripada 4 orang saksi."

Kemudian Umar r.a membiarkan orang-ramai itu, masya Allah, membiarkan mereka itu bertukar fikiran. Kemudian dia bertanya lagi. Orang-ramai itu menjawab seperti jawapan pertama. Lalu Ali r.a berkata seperti jawapan-nya yang pertama juga.

Ini menunjukkan bahawa, Umar r.a bimbang tentang wali negeri (penguasa), adakah baginya melakukan hukum mengenai hukuman yang ditetapkan Allah, dengan pengetahuan-nya seorang sahaja? Maka kerana itulah, dia bertanya kepada orang-ramai itu, dalam bentuk perumpamaan. Tidak dalam bentuk menerangkan apa yang terjadi.

Kerana takut, dia tidak berhak yang demikian, lalu dia menjadi penuduh orang berzina, jika menerangkan-nya.

Dan cenderunglah pendapat Ali r.a, bahawa Umar r.a tidak berhak ke atas yang demikian itu. Ini adalah dalil terkuat atas tuntutan agama untuk menutup perbuatan-perbuatan yang keji. Dan sesungguhnya perbuatan yang paling keji ialah zina. Dan zina itu memerlukan kepada 4 orang saksi yang adil, yang menyaksikan sedemikian, dari lelaki kepada wanita, seperti tangkai celak masuk ke dalam botol celak. Dan hal yang sebegini tidaklah akan ditemui sama sekali.

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, kitab Halal dan Haram]




0 comments:

Catat Ulasan