Home » » Kisah Nabi Muhammad S.a.w menasihati anak muda tentang Keburukan Zina

Kisah Nabi Muhammad S.a.w menasihati anak muda tentang Keburukan Zina

Pada Rabu, 7 Januari 2015 | 8:19 PG

Jangan dekati Zina
Abu Amamah r.a meriwayatkan; "Bahawa seorang anak muda datang kepada Nabi S.a.w lalu bertanya, "Wahai Nabi Allah! Izinkah engkau kepadaku berzina?"

Mendengar itu, orang ramai bising. Lalu Nabi S.a.w bersabda, "Dekatkan-lah dia! Dekat ke mari! Lalu anak muda itu mendekati. Sehingga dia duduk di hadapan Nabi S.a.w. Lalu Nabi S.a.w bersabda;

"Adakah kamu menyukai zina itu untuk ibumu?"

Anak muda itu menjawab, "Tidak! Dijadikan-lah kiranya aku oleh Allah tebusan-mu!"

Nabi S.a.w menyambung, "Begitu juga manusia, tidak menyukainya untuk anak perempuan mereka. Adakah kamu menyukainya untuk saudara perempuan-mu?"

Ibnu 'Auf menambah, sehingga Nabi S.a.w menyebutkan, "saudara bapa yang perempuan (al-'ammah) dan saudara ibu yang perempuan (al-khalah). Dan anak muda itu menjawab pada masing-masingnya, "Tidak! Dijadikanlah kiranya aku oleh Allah tebusan-mu."

Dan Nabi S.a.w menyambung seperti itu juga, "Manusia tidak menyukainya."

Keduanya berkata mengenai hadits tadi, yakni Ibnu 'Auf dan perawi yang lain. Lalu Rasulullah S.a.w meletakkan tangan-nya ke atas dada anak muda itu dan berdoa;

اللهم طهر قلبه، واغفر ذنبه، وحَصِّنْ فرْجَه، فلم يكن شيء أبغض إليه منه

"Wahai Allah! Sucikan-lah hatinya, ampunkan-lah dosanya, peliharakan-lah kemaluan-nya, dan tidak adalah suatu yang lebih dimarahi (oleh Allah) selain darinya (zina)." [HR Ahmad, dengan sanad yang baik]



[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Kitab Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar]

0 comments:

Catat Ulasan