Imam Malik bin Anas (مالك بن أنس) (atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith) lahir di Madinah pada tahun 93H/713M (bersamaan dengan tahun meninggalnya sahabat nabi yang mulia iaitu Anas bin Malik). Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam, yang dikenali sebagai Darul Hijrah, dan berkumpulnya generasi yang dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum.
Kelahirannya iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam.
Kelahirannya iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam.
Datuknya juga seorang perawi dan penghafal hadis yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadis kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliau lah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadis.
Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadis daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar, ‘A’isyah binti Abu Bakar, Umm Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum.
Imam Malik telah menghafal AlQuran dan AlHadits sejak kecil lagi. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin.
Imam Malik telah menghafal AlQuran dan AlHadits sejak kecil lagi. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman iaitu seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin.
Beliau merupakan seorang yang berbadan tegap, kuat serta suka berpakaian cantik dan bersih. Beliau mempunyaï pandangan yang bernas, mempunyaï pendirian yang teguh, bijaksana dan kuat ingatan. Merupakan seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang sakit dan mengiringi janazah. Beliau banyak membantu mereka yang mempunyaï hajat dan tidak suka mencela orang lain. Seorang yang tawadhu` dan tidak pernah menunggang kudanya di Madinah kerana menghormati bumi yang di dalamnya terdapat jasad Rasulullah S.a.w.
Imam Malik mula mengajar ketika berusia 17 tahun di Masjid An-Nabawiy. Kuliahnya turut dihadiri oleh gurunya sendiri, antaranya Muhammad Muslim bin Az-Zuhriy. Ajaran Imam Malik mendapat perhatian dan tersebar di Hijaz, Maghribi dan Andalus, Algeria, Tunisia, Libya, Sudah, Bahrain, Kuwait, Mesir dan lain-lain.
Apabila ditanya tentang ilmu hadis, Imam Malik tidak terus keluar menjawab sehingga beliau mandi dan memakai pakaian yang bersih serta bau-bauan, sebagai penghormatan beliau kepada hadis Nabi.
Selain Nafi, Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Ja’afar al-Siddiq, cucu kepada al-Hasan, cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah al-Dinar, Yahya bin Sa’ad dan Hisham bin Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Suasana kehidupan Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka sempat belajar, mendengar hadis dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai mufti Madinah pada ketika itu. Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Beliau adalah yang kedua dari empat imam mujtahid utama. Beliau adalah pengasas kepada Mazhab Maliki.
Kitab Al Muwaththa'
Al-Muwaththa (ﺍلموﻃﺄ) bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ yang membahas tentang ilmu dan hukum-hukum agama Islam. Al-Muwaththa merupakan sebuah kitab yang berisikan hadits-hadits yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin.
Kitab ini lengkap dengan berbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadits, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadits yang ditulis adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan sebuah hadits. Dia sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan, dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan.
Dari 100,000 hadits yang dihafal beliau, hanya 10,000 saja diakui sah dan dari 10,000 hadits itu, hanya 5,000 saja yang disahkan sahih olehnya setelah diteliti dan dibandingkan dengan al-Quran. Menurut sebuah riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadits-hadits yang diterima dari guru-gurunya. Selama waktu itu, dia menunjukkan kepada 70 ahli fiqh Madinah.
Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan oleh Imam As-Syafi‘e sebagai:
"Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Qur’an melainkan kitab Imam Malik ini."
Imam Syafi'e berkata lagi, "Imam Malik adalah Hujjatullah atas makhluk-Nya setelah para Tabi'in[2]".
Kitab tersebut menghimpun 100,000 hadits, dan yang meriwayatkan Al Muwaththa’ lebih dari seribu orang, kerana itu naskhahnya berbeza-beza dan keseluruhannya berjumlah 30 naskhah, tetapi yang terkenal hanya 20 buah. Dan yang paling masyhur adalah riwayat dari Yahya bin Yahyah al Laitsi al Andalusi al Mashmudi.
Hadits-hadits yang terdapat dalam Al Muwaththa’ tidak semuanya Musnad, ada yang Mursal, mu’dhal dan munqathi'. Sebahagian ulama menghitungnya berjumlah 600 hadits musnad, 222 hadits mursal, 613 hadits mauquf, 285 perkataan tabi’in, disamping itu ada 61 hadits tanpa penyandaran, hanya dikatakan "telah sampai kepadaku" dan "dari orang kepercayaan", tetapi hadits-hadits tersebut bersanad dari jalur-jalur lain yang bukan jalur dari Imam Malik sendiri, kerana itu Ibn Abdil Bar an Namiri menentang penyusunan kitab yang berusaha memuttashilkan hadits-hadits mursal, munqathi’ dan mu’dhal yang terdapat dalam Al Muwaththa’ Malik.
Imam Malik menerima hadits dari 900 orang (guru), 300 dari golongan Tabi’in dan 600 dari tabi’i tabi’in, dia meriwayatkan hadits bersumber dari Nu’main al Mujmir, Zaib bin Aslam, Nafi’, Syarik bin Abdullah, az Zuhry, Abi az Ziyad, Sa’id al Maqburi dan Humaid ath Thawil, muridnya yang paling akhir adalah Hudzafah as Sahmi al Anshari.
Adapun yang meriwayatkan darinya adalah ramai sekali diantaranya ada yang lebih tua darinya seperti az Zuhry dan Yahya bin Sa’id. Ada yang sebaya seperti al Auza’i, Sufyan Ats Tsauri, Sufyan bin Uyainah, Al Laits bin Sa’ad, Ibnu Juraij dan Syu’bah bin Hajjaj. Ada pula yang belajar darinya seperti Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam Asy Syafi’e, Ibnu Wahb, Ibnu Mahdi, al Qaththan dan Abi Ishaq.
Antara tokoh besar lain yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah dari Kufah. Ketinggian ilmu Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai:
"Malik adalah penghulu dari para penghulu ahli ilmu dan dia pula seorang imam dalam bidang hadits dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Malik?"
Antara kata-kata Imam Ahmad lagi, "Jika engkau melihat seseorang yang membenci imam malik, maka ketahuilah bahwa orang tersebut adalah ahli bid'ah."
Imam Malik dihukum
Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum talak yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasiyyah sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasiyyah ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talak ke atas isterinya !
Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama’ daripada pemimpin, pemerintah Abbasiyyah telah memaksa Malik bin Anas untuk mensahkan fatwa mereka. Malik enggan malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa talak sedemikian tidak sah (tidak jatuh talaknya). Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga bahunya patah dan terkeluar dari kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja di tepi badannya.
Saat-saat terakhir
Imam Malik kemudiannya dibebaskan dan beliau kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia ketika berusia 89 tahun (ada yang mengatakan 85 atau 87 tahun). Beliau jatuh sakit pada hari Ahad dan menderita sakit selama 22 hari kemudian 10 hari setelah itu dia meninggal dunia.
Sebahagian meriwayatkan Imam Malik meninggal pada 14 Rabiul awwal 179H / 796M. Allahyarham dimakamkan di Baqi', Madinah.
Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).
Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Malik bin Anas dan berada di kalangan orang-orang soleh di sana, amin.
Pengaruh Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.
Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Malik bin Anas dan berada di kalangan orang-orang soleh di sana, amin.
Pengaruh Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.
Rujukan:
1 - http://www.sunnah.org/publication/khulafa_rashideen/malik.htm
2 - Malik bin Anas: "Al Muwaththa", halaman 7-9. Mesir :Dar al-Ghad al-gadeed
3 - Biografi Imam Mazhab Empat - Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
0 comments:
Catat Ulasan